Nasi Dagang Pak Malau @ Langkawi, Kedah



Pemandangan jelapang padi dari tempat Nasi Dagang Pak Malau, Langkawi, Kedah.

Kajang Pak Malau kajang berlipat,
Kajang hamba mengkuang layu,
Dagang Pak Malau dagang bertempat,
Dagang hamba musafir lalu…

Begitulah bunyinya bait-bait pantun yang disampaikan oleh Damak (Allahyarham Nordin Ahmad) dalam filem Sri Mersing terbitan Cathay Keris. Namun, menurut sumber lagi, kata-kata seni ini telah dicipta oleh seorang seniman yang bernama Shariff Medan. Beliau sendiri yang telah melakonkan watak Pak Malau dalam filem tersebut dan beliaulah yang mereka pantun keramat tadi.

Ketika melayari Internet untuk mencari tempat sarapan, nama “Nasi Dagang Pak Malau” muncul sebagai dapatan utama dalam senarai. Seumur hidup, saya hanya kenal Pak Malau dalam pantun dan sastera klasik Melayu. Jadi, bertuah benar saya dapat berkenalan dengan Pak Malau kedai makan ini.

Advertisement: Agoda.com

Makanan yang tersedia di sini

Bagi mereka yang mahu menikmati suasana bersarapan di kampung yang bersawah padi, anda bolehlah mengunjungi Nasi Dagang Pak Malau. Antara makanan yang terhidang adalah seperti:
  • Nasi Dagang
  • Nasi Minyak
  • Lauk-pauk ikan tongkol, gulai ayam
  • Terlur rebus
  • Cabai/cili sebagai penambah rasa pedas
  • Aneka kuih-muih tradisi
  • Ais krim

Pembayaran

Jika anda tidak sempat untuk mengeluarkan wang untuk tujuan pembayaran, jangan gusar, kerana di sini tersedia khidmat pembayaran menerusi saluran-saluran berikut:
  • Kod QR
  • Kad debit/kredit
Kampung pun kampung juga, tapi ada QR code & Paywave tau – jangan main-main!

Lain-lain

Kalau bernasib baik, mungkin Pak Malau sendiri akan bagi pertunjukan magic show. Tapi, bak kata Pak Malau, “jangan percaya, tau!” 🤣



Source: YouTube – Seminit Resipi (not affiliated with Ameen Chefs PLT)

Iklan: Minuman Sihat 

Minuman Forver Aloe Vera Gel – kekal muda dalam tua!
Minuman TDC C2Joy – meningkatkan tahap imuniti badan, menguatkan tulang!
Iklan: www.RahsiaUmrahDIY.com

Tags:

No responses yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Latest Comments

No comments to show.